Salam sahabat..
Bagaimana perkembangan terkini? Bagaimana dengan azam yang telah kita lafaskan pada awal tahun ini? Sudahkah direalisasikan azam dan matlamat tersebut? Sekiranya belum direalisasikan, saya pasti dan yakin anda sedang dalam proses untuk mencapai matlamat yang telah anda deklarasikan itu. Kini sudah masuk bulan Mac iaitu bulan ketiga dalam kalendar tahun ini, saya pasti dan yakin anda telah mengimplementasikan setiap perancangan untuk mencapai apa yang telah di azamkan. Akan tetapi percayakah anda berdasarkan kajian mengatakanĀ 98% orangĀ DEWASA tidak menulis matlamat mereka! Antara sebab utama mengapa orang dewasa tidak menetapkan matlamat ialah
1. Tidak tahu cara menetapkan matlamat
2. Tidak percaya menetapkan dan menulis matlamat itu boleh memberi faedah. Hanya perlu fikirkan sahaja
3. Takut tidak akan capai matlamat tersebut
Percayalah hidup tanpa matlamat diibaratkan seperti kapal yang tiada nakhoda. Ia juga seperti anda menembak ditengah kegelapan malam dengan tiada sasaran walaupun menggunakan senapang yang paling canggih sekalipun!









