Posted by admin
April - 17 - 2010
Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1431H atau hari yang sinonimnya disebut Maal Hijrah. Pada tanggal tarikh 18 Disember 2009 itulah cuti umum yang ratanya ramai kalangan umat Islam sendiri yang tidak sedar apakah sebab cuti umum pada tarikh tersebut. Ada yang kata cuti hari Jumaat, ada juga yang kata cuti Krismas dan ada juga yang kata cuti umum sempena pasukan bola sepak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea yang baru-baru ni berlangsung di Laos. Yelah.. itulah gambaran sebenar umat Islam yang telah melupakan tarikh utama dalam Kalendar umat Islam dan juga peristiwa bersejarah penghijrahan umat Islam pimpinan Rasullullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang menyatukan umat Islam diantara kaum Muhajirin dan Ansar. Ramai juga dikalangan umat Islam lebih mengingati tarikh kalendar barat dan pastinya lebih ternanti-nanti detik tibanya tahun baru masihi untuk sama-sama berteriak countdown didataran merdeka disusuli dengan ledakan bunga api yang memeriahkan suasana malam. Berbeza dengan sambutan tahun baru Hijrah yang dipenuhi dengan bacaan doa kesyukuran di masjid-masjid dan surau-surau yang ratanya hanya dipenuhi oleh golongan yang berumur ataupun sudah pencen yang pastinya tidak mahu disertai oleh golongan muda. Atas kesedaran itulah saya menulis artikel pada hari ini untuk bersama-sama transformasi minda kepada yang lebih baik ataupun hijrah minda..
“Minda akan menjadi lebih cekap dan sihat apabila kita lebih banyak berfikir”
Saya amat tertarik dengan khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh khatib iaitu Ustaz Wan Akasah sempena sambutan Maal Hijrah 1431H. Intipati yang telah disampaikan oleh beliau yang boleh saya simpulkan disini adalah hijrah minda daripada minda yang tidak baik kepada minda yang lebih baik. Beliau menyeru jemaah yang hadir termasuk saya bahawa azam tahun baru hijrah kali ini haruslah sentiasa “diatas”. Maksud beliau sentiasa diatas adalah umat islam haruslah sentiasa melebihi mana-mana umat yang lain dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, perniagaan dan taraf hidup. Untuk menjayakannya, umat islam harus sentiasa memberi.. kerana tangan yang memberi adalah sentiasa “diatas”.Dan tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah. Dalam ertikata yang lain adalah sentiasa “be a Giver“. Beliau juga menyeru supaya umat Islam sentiasa bersedekah.. tidak kira samada dalam bentuk wang ringgit, buah fikiran, tenaga hatta senyuman pun sudah dikira sedekah. Itupun dalam kategori seorang yang memberi. Beliau menyatakan faedah dan manfaat yang bakal diterima oleh umat Islam sekiranya sentiasa memberi iaitu dijanjikan oleh Allah s.w.t:
menarik sumber rezeki
menolak bala
memanjangkan umur
kesejahteraan masyarakat dan umat
Begitulah ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah sekiranya kita sentiasa memberi. Khutbah itu jugalah memberi inspirasi kepada saya pada tahun ini untuk saya menghijrahkan minda saya untuk menjadi seorang Giver(pemberi).  Antara lain yang perlu kita lakukan untuk menjadikan tahun baru hijrah ini lebih bermakna adalah hijrahkan minda untuk menjadi lebih baik. Kita haruslah menetapkan matlamat dan matlamat itu haruslah disokong dengan pelan perlaksanaan yang terancang dan teratur. Kita tidak mahu matlamat ataupun azam tahun baru yang tidak di susuri dengan action plan yang mana azam akan tinggal hanya azam dan azam yang tidak tercapai akan di carry forward pada tahun berikutnya. Itulah senarionya yang sentiasa berlaku saban tahun. Tahun ini kita hijrahkan  minda kita yang mana setiap matlamat haruslah spesifik dan  disokong oleh pelan tindakan yang efektif dan efisien. Antara lain adalah untuk kejayaan tahun baru hijrah ini adalah  penghijrahan minda yang sentiasa fokus kepada peluang. Kebanyakan kita sentiasa fokus kepada halangan atau masalah. Antaranya ialah seperti hendak berniaga – tiada modal, hendak menjual peringkat global – tidak pandai berbahasa inggeris, hendak jumpa pelanggan – tidak cukup masa dan pelbagai lagi alasan yang berfokuskan kepada halangan dan masalah. Minda kita harus berhijrah untuk kejayaan iaitu sentiasa fokus kepada penyelesai masalah dan peluang-peluang yang timbul disekeliling kita. Minda kejayaan adalah sentiasa memikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda yang sentiasa kreatif dan memikirkan bagaimana untuk menjadikan lebih baik.
Dengan itu, sempena kehadiran tahun baru 1431H ini adalah titik tolak untuk kita bersama-sama menghijrahkan minda kearah kejayaan.
Jumpa lagi
yang ikhlas..

Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1431H atau hari yang sinonimnya disebut Maal Hijrah. Pada tanggal tarikh 18 Disember 2009 itulah cuti umum yang ratanya ramai kalangan umat Islam sendiri yang tidak sedar apakah sebab cuti umum pada tarikh tersebut. Ada yang kata cuti hari Jumaat, ada juga yang kata cuti Krismas dan ada juga yang kata cuti umum sempena pasukan bola sepak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea yang baru-baru ni berlangsung di Laos. Yelah.. itulah gambaran sebenar umat Islam yang telah melupakan tarikh utama dalam Kalendar umat Islam dan juga peristiwa bersejarah penghijrahan umat Islam pimpinan Rasullullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang menyatukan umat Islam diantara kaum Muhajirin dan Ansar. Ramai juga dikalangan umat Islam lebih mengingati tarikh kalendar barat dan pastinya lebih ternanti-nanti detik tibanya tahun baru masihi untuk sama-sama berteriak countdown didataran merdeka disusuli dengan ledakan bunga api yang memeriahkan suasana malam. Berbeza dengan sambutan tahun baru Hijrah yang dipenuhi dengan bacaan doa kesyukuran di masjid-masjid dan surau-surau yang ratanya hanya dipenuhi oleh golongan yang berumur ataupun sudah pencen yang pastinya tidak mahu disertai oleh golongan muda. Atas kesedaran itulah saya menulis artikel pada hari ini untuk bersama-sama transformasi minda kepada yang lebih baik ataupun hijrah minda..“Minda akan menjadi lebih cekap dan sihat apabila kita lebih banyak berfikir”Saya amat tertarik dengan khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh khatib iaitu Ustaz Wan Akasah sempena sambutan Maal Hijrah 1431H. Intipati yang telah disampaikan oleh beliau yang boleh saya simpulkan disini adalah hijrah minda daripada minda yang tidak baik kepada minda yang lebih baik. Beliau menyeru jemaah yang hadir termasuk saya bahawa azam tahun baru hijrah kali ini haruslah sentiasa “diatas”. Maksud beliau sentiasa diatas adalah umat islam haruslah sentiasa melebihi mana-mana umat yang lain dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, perniagaan dan taraf hidup. Untuk menjayakannya, umat islam harus sentiasa memberi.. kerana tangan yang memberi adalah sentiasa “diatas”.Dan tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah. Dalam ertikata yang lain adalah sentiasa “be a Giver“. Beliau juga menyeru supaya umat Islam sentiasa bersedekah.. tidak kira samada dalam bentuk wang ringgit, buah fikiran, tenaga hatta senyuman pun sudah dikira sedekah. Itupun dalam kategori seorang yang memberi. Beliau menyatakan faedah dan manfaat yang bakal diterima oleh umat Islam sekiranya sentiasa memberi iaitu dijanjikan oleh Allah s.w.t:menarik sumber rezekimenolak balamemanjangkan umurkesejahteraan masyarakat dan umatBegitulah ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah sekiranya kita sentiasa memberi. Khutbah itu jugalah memberi inspirasi kepada saya pada tahun ini untuk saya menghijrahkan minda saya untuk menjadi seorang Giver(pemberi).  Antara lain yang perlu kita lakukan untuk menjadikan tahun baru hijrah ini lebih bermakna adalah hijrahkan minda untuk menjadi lebih baik. Kita haruslah menetapkan matlamat dan matlamat itu haruslah disokong dengan pelan perlaksanaan yang terancang dan teratur. Kita tidak mahu matlamat ataupun azam tahun baru yang tidak di susuri dengan action plan yang mana azam akan tinggal hanya azam dan azam yang tidak tercapai akan di carry forward pada tahun berikutnya. Itulah senarionya yang sentiasa berlaku saban tahun. Tahun ini kita hijrahkan  minda kita yang mana setiap matlamat haruslah spesifik dan  disokong oleh pelan tindakan yang efektif dan efisien. Antara lain adalah untuk kejayaan tahun baru hijrah ini adalah  penghijrahan minda yang sentiasa fokus kepada peluang. Kebanyakan kita sentiasa fokus kepada halangan atau masalah. Antaranya ialah seperti hendak berniaga – tiada modal, hendak menjual peringkat global – tidak pandai berbahasa inggeris, hendak jumpa pelanggan – tidak cukup masa dan pelbagai lagi alasan yang berfokuskan kepada halangan dan masalah. Minda kita harus berhijrah untuk kejayaan iaitu sentiasa fokus kepada penyelesai masalah dan peluang-peluang yang timbul disekeliling kita. Minda kejayaan adalah sentiasa memikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda yang sentiasa kreatif dan memikirkan bagaimana untuk menjadikan lebih baik.

Dengan itu, sempena kehadiran tahun baru 1431H ini adalah titik tolak untuk kita bersama-sama menghijrahkan minda kearah kejayaan.Jumpa lagiyang ikhlas..

Posted by admin
April - 17 - 2010
Kali ini saya ingin berkongsi informasi bagaimana minda memainkan peranan yang cukup penting dalam hala tuju seseorang itu. Ramai yang beranggapan minda kita kalau selalu digunakan, ianya akan rosak dan menjadi lesu atau letih kerana asyik terlalu banyak berfikir. Minda kita boleh diperumpamakan sebagai enjin kereta. Apakah yang akan terjadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan tinggal lama tanpa dihidupkan? Jawapannya – ianya akan menjadi semput, susah nak hidup malah adakalanya tak boleh hidup langsung. Begitu jugalah dengan minda kita. Sebenarnya, minda kita akan menjadi lebih effisien dan lebih sihat sekiranya kita lebih banyak berfikir. Begitulah caranya untuk menggerakkan momentum untuk menuju kejayaan. Walaubagaimanapun, minda kita bergantung kepada cara berfikir seseorang itu. Saya boleh mengkategorikan minda kepada dua kategori iaitu minda kaya dengan minda miskin. Dalam coretan saya kali ini membincangkan perbezaan antara minda kaya dengan minda miskin. Walaubagaimanapun ianya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin ataupun sebaliknya, no right and no wrong, bergantung kepada penerimaan dan pemahaman kita terhadap isu ini.
Minda Kaya fikir besar, minda miskin fikir kecil
Minda kaya selalu memikirkan kejayaan yang besar. “Think Big” itulah yang sentiasa difikirkan oleh minda kaya. Matlamat yang sentiasa disasarkan oleh minda kaya bukan matlamat yang biasa malah matlamat yang luar biasa-iaitu matlamat besar yang jarang difikirkan oleh minda miskin.
“Shoot for the stars, if you don’t get it, you still get the moon”
Dengan matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus yang hendak dituju. Minda itu jugalah yang akan memaksa diri untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan. Minda kaya akan menetapkan matlamat setinggi bintang. Berbeza dengan miskin yang menetapkan matlamat yang kecil malah yang sedihnya ada juga yang tidak ada matlamat langsung! Tiada matlamat samalah seperti menembak ditengah kegelapan malam, tiada arah sasaran walaupun menggunakan senapang yang canggih sekalipun! Minda miskin akan menetapkan matlamat yang kecil sebolehnya sebab takut tidak berupaya untuk mencapainya. Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jangka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
Minda kaya banyak pilihan, minda miskin hanya satu pilihan
Minda miskin sentiasa hanya ada satu pilihan sahaja ditangan. Sebagai contoh – ingin memulakan perniagaan atau bekerja makan gaji, ingin kekayaan atau kebahagiaan, ingin A atau B. Sentiasa di minda miskin hanya ada satu pilihan sahaja. Biasanya dikekang oleh perkataan atau. Perkataan atau ini yang menyebabkan minda miskin tidak boleh memilih kedua-duanya sekali. Mengapa tidak menjalankan bisnes sambil bekerja? mengapa tidak mencari kekayaan sambil mengecap kebahagiaan? mengapa tidak A dan B? Itulah perbezaannya antara minda kaya dengan minda miskin yang mana minda kaya sentiasa mempunyai banyak pilihan. Tiada siapa yang mahu hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
Minda kaya berfikiran positif, minda miskin berfikiran negatif
Minda kaya sentiasa berfikiran positif dalam cara hidup mereka. Sekiranya mereka ditimpa musibah, masalah dan kesusahan, mereka tetap berfikiran positif yang mana ianya adalah cobaan dari yang Maha Esa dan hanya bersifat sementara. Dan sekiranya mereka dikurniakan dengan limpahan kemewahan dan kesenangan mereka tidak putus-putus bersyukur terhadap pemberian Allah hasil dari usaha gigih mereka. Manakala minda miskin akan merungut sekiranya mereka diberikan cobaan seperti kesusahan dan kesulitan seolah-olah mangsa keadaan dan lebih malang lagi mereka menyalahkan takdir! Dan minda miskin ini akan lupa daratan sekiranya dikurniakan Tuhan dengan limpahan kemewahan dan kesenangan. Harap kita bukan dalam golongan sebegitu! Minda kaya juga melihat orang kaya dengan penuh inspirasi. Mereka mendapat rangsangan dan motivasi setelah melihat kejayaan orang kaya dan berfikiran suatu hari nanti dia juga akan menjadi seperti orang kaya itu. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-modeldi mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif. Manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan iri hati dan hasad dengki. Mereka akan berfikiran negatif seperti “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”. Minda miskin akan sentiasa memenuhi kotak fikiran dengan nilai negatif(-). Segala yang negatif digambarkan kepada orang kaya tersebut sehinggakan dirinya sendiri takut untuk menjadi kaya takut-takut orang lain juga akan berfikiran seperti itu sekiranya dia menjadi kaya. Akhirnya pemikiran negatif itu memakan diri sendiri! Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda.
Minda kaya bergaul dengan orang kaya, minda miskin bergaul dengan orang miskin
Minda kaya sentiasa berdamping dengan orang kaya dan berjaya. Mereka akan sentiasa mengelilingi dan dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Minda kaya ini merasakan sekiranya bergaul dengan orang yang hebat akan membawa mereka menjadi lebih hebat. Kajian menyatakan bahawa 85% kejayaan adalah berdasarkan kepada faktor mereka yang berada disekeliling kita. Oleh itu, minda kaya akan sentiasa berdamping dengan mereka yang mempunyai misi, visi dan matlamat agar kita juga akan dimotivasikan kearah kejayaan. Manakala minda miskin bergaul hanya segolongan mereka yang juga mempunyai minda miskin yang sama dan tidak mahu bergaul dengan minda orang yang berjaya. Mereka beranggapan orang kaya mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada mereka, dan tidak layak bagi mereka bergaul dengan orang kaya berjaya itu. Maka mereka lebih senang bergaul sesama mereka yang mempunyai minda miskin.
Minda kaya fokus kepada peluang, minda miskin fokus kepada halangan
Minda miskin akan sentiasa fokus kepada masalah dan halangan yang manjadi kekangan untuk tidak mampu maju dan berjaya. Mereka akan berkata itu tidak boleh.. ini tidak boleh.. jadi semuanya tidak boleh.. semuanya ada saja halangan yang bakal menimpa. Mereka ini tidak mahu berfikir diluar kotak bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Berbeza dengan minda kaya, mereka ini akan sentiasa fokus kepada penyelesai masalah tersebut. Mereka akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengatasi halangan dan rintangan yang akan dihadapi. Dalam ertikata lain minda kaya ini sentiasa mencari peluang atas segala permasalahan yang timbul. Minda kaya ini sentiasa mencari masalah, kerana mereka ini adalah penyelesai masalah. Maka masalah lah adalah peluang kepada mereka ini. Mereka akan sentiasa kreatif dan inovatif untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah berjaya mengatasi masalah tersebut mereka akan berfikir diluar kotak pemikiran minda miskin dengan berfikir bagaimana menjadikan sesuatu itu lebih baik. Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihatkerana apa yang mereka fokus adalah peluang.
Jadi kesimpulannya adalah minda kaya adalah minda yang sentiasa digunakan oleh orang yang kaya dan berjaya dengan hebat. Sentiasalah berfikir untuk lebih maju. Lebih banyak anda berfikir menggunakan minda kaya, lebih effisien minda dan pemikiran anda! Minda yang effisien akan memberikan idea-idea yang bernas yang tidak pernah anda fikirkan. InsyaAllah.
Jumpa lagi
yang ikhlas..

Kali ini saya ingin berkongsi informasi bagaimana minda memainkan peranan yang cukup penting dalam hala tuju seseorang itu. Ramai yang beranggapan minda kita kalau selalu digunakan, ianya akan rosak dan menjadi lesu atau letih kerana asyik terlalu banyak berfikir. Minda kita boleh diperumpamakan sebagai enjin kereta. Apakah yang akan terjadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan tinggal lama tanpa dihidupkan? Jawapannya – ianya akan menjadi semput, susah nak hidup malah adakalanya tak boleh hidup langsung. Begitu jugalah dengan minda kita. Sebenarnya, minda kita akan menjadi lebih effisien dan lebih sihat sekiranya kita lebih banyak berfikir. Begitulah caranya untuk menggerakkan momentum untuk menuju kejayaan. Walaubagaimanapun, minda kita bergantung kepada cara berfikir seseorang itu. Saya boleh mengkategorikan minda kepada dua kategori iaitu minda kaya dengan minda miskin. Dalam coretan saya kali ini membincangkan perbezaan antara minda kaya dengan minda miskin. Walaubagaimanapun ianya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin ataupun sebaliknya, no right and no wrong, bergantung kepada penerimaan dan pemahaman kita terhadap isu ini.Minda Kaya fikir besar, minda miskin fikir kecilMinda kaya selalu memikirkan kejayaan yang besar. “Think Big” itulah yang sentiasa difikirkan oleh minda kaya. Matlamat yang sentiasa disasarkan oleh minda kaya bukan matlamat yang biasa malah matlamat yang luar biasa-iaitu matlamat besar yang jarang difikirkan oleh minda miskin.“Shoot for the stars, if you don’t get it, you still get the moon”Dengan matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus yang hendak dituju. Minda itu jugalah yang akan memaksa diri untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan. Minda kaya akan menetapkan matlamat setinggi bintang. Berbeza dengan miskin yang menetapkan matlamat yang kecil malah yang sedihnya ada juga yang tidak ada matlamat langsung! Tiada matlamat samalah seperti menembak ditengah kegelapan malam, tiada arah sasaran walaupun menggunakan senapang yang canggih sekalipun! Minda miskin akan menetapkan matlamat yang kecil sebolehnya sebab takut tidak berupaya untuk mencapainya. Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jangka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!Minda kaya banyak pilihan, minda miskin hanya satu pilihanMinda miskin sentiasa hanya ada satu pilihan sahaja ditangan. Sebagai contoh – ingin memulakan perniagaan atau bekerja makan gaji, ingin kekayaan atau kebahagiaan, ingin A atau B. Sentiasa di minda miskin hanya ada satu pilihan sahaja. Biasanya dikekang oleh perkataan atau. Perkataan atau ini yang menyebabkan minda miskin tidak boleh memilih kedua-duanya sekali. Mengapa tidak menjalankan bisnes sambil bekerja? mengapa tidak mencari kekayaan sambil mengecap kebahagiaan? mengapa tidak A dan B? Itulah perbezaannya antara minda kaya dengan minda miskin yang mana minda kaya sentiasa mempunyai banyak pilihan. Tiada siapa yang mahu hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.Minda kaya berfikiran positif, minda miskin berfikiran negatifMinda kaya sentiasa berfikiran positif dalam cara hidup mereka. Sekiranya mereka ditimpa musibah, masalah dan kesusahan, mereka tetap berfikiran positif yang mana ianya adalah cobaan dari yang Maha Esa dan hanya bersifat sementara. Dan sekiranya mereka dikurniakan dengan limpahan kemewahan dan kesenangan mereka tidak putus-putus bersyukur terhadap pemberian Allah hasil dari usaha gigih mereka. Manakala minda miskin akan merungut sekiranya mereka diberikan cobaan seperti kesusahan dan kesulitan seolah-olah mangsa keadaan dan lebih malang lagi mereka menyalahkan takdir! Dan minda miskin ini akan lupa daratan sekiranya dikurniakan Tuhan dengan limpahan kemewahan dan kesenangan. Harap kita bukan dalam golongan sebegitu! Minda kaya juga melihat orang kaya dengan penuh inspirasi. Mereka mendapat rangsangan dan motivasi setelah melihat kejayaan orang kaya dan berfikiran suatu hari nanti dia juga akan menjadi seperti orang kaya itu. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-modeldi mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif. Manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan iri hati dan hasad dengki. Mereka akan berfikiran negatif seperti “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”. Minda miskin akan sentiasa memenuhi kotak fikiran dengan nilai negatif(-). Segala yang negatif digambarkan kepada orang kaya tersebut sehinggakan dirinya sendiri takut untuk menjadi kaya takut-takut orang lain juga akan berfikiran seperti itu sekiranya dia menjadi kaya. Akhirnya pemikiran negatif itu memakan diri sendiri! Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda.Minda kaya bergaul dengan orang kaya, minda miskin bergaul dengan orang miskinMinda kaya sentiasa berdamping dengan orang kaya dan berjaya. Mereka akan sentiasa mengelilingi dan dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Minda kaya ini merasakan sekiranya bergaul dengan orang yang hebat akan membawa mereka menjadi lebih hebat. Kajian menyatakan bahawa 85% kejayaan adalah berdasarkan kepada faktor mereka yang berada disekeliling kita. Oleh itu, minda kaya akan sentiasa berdamping dengan mereka yang mempunyai misi, visi dan matlamat agar kita juga akan dimotivasikan kearah kejayaan. Manakala minda miskin bergaul hanya segolongan mereka yang juga mempunyai minda miskin yang sama dan tidak mahu bergaul dengan minda orang yang berjaya. Mereka beranggapan orang kaya mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada mereka, dan tidak layak bagi mereka bergaul dengan orang kaya berjaya itu. Maka mereka lebih senang bergaul sesama mereka yang mempunyai minda miskin.Minda kaya fokus kepada peluang, minda miskin fokus kepada halanganMinda miskin akan sentiasa fokus kepada masalah dan halangan yang manjadi kekangan untuk tidak mampu maju dan berjaya. Mereka akan berkata itu tidak boleh.. ini tidak boleh.. jadi semuanya tidak boleh.. semuanya ada saja halangan yang bakal menimpa. Mereka ini tidak mahu berfikir diluar kotak bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Berbeza dengan minda kaya, mereka ini akan sentiasa fokus kepada penyelesai masalah tersebut. Mereka akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengatasi halangan dan rintangan yang akan dihadapi. Dalam ertikata lain minda kaya ini sentiasa mencari peluang atas segala permasalahan yang timbul. Minda kaya ini sentiasa mencari masalah, kerana mereka ini adalah penyelesai masalah. Maka masalah lah adalah peluang kepada mereka ini. Mereka akan sentiasa kreatif dan inovatif untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah berjaya mengatasi masalah tersebut mereka akan berfikir diluar kotak pemikiran minda miskin dengan berfikir bagaimana menjadikan sesuatu itu lebih baik. Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihatkerana apa yang mereka fokus adalah peluang.Jadi kesimpulannya adalah minda kaya adalah minda yang sentiasa digunakan oleh orang yang kaya dan berjaya dengan hebat. Sentiasalah berfikir untuk lebih maju. Lebih banyak anda berfikir menggunakan minda kaya, lebih effisien minda dan pemikiran anda! Minda yang effisien akan memberikan idea-idea yang bernas yang tidak pernah anda fikirkan. InsyaAllah.Jumpa lagiyang ikhlas..

Posted by admin
April - 17 - 2010

Salam sejahtera….

Seringkali saya diajukan dengan persoalan seperti Fizzi, bagaimana nak berjaya dalam perniagaan internet ini? Walau bagaimanapun soalan ini agak subjektif untuk dijawab. Ia banyak bergantung kepada usaha, ilmu dan juga sikap seseorang itu bagi mengejar kejayaan dalam apa jua bidang perniagaan. Walaubagaimanapun faktor luaran juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk kejayaan seseorang itu. Ia bermakna kejayaan juga bergantung kepada mereka yang berada disekeliling kita. Nah, kali ini saya nak berkongsi sedikit mengenai motivasi kejayaan berjangkit yang dikirikan oleh jutawan internet Irfan Khairi ke emel saya tempoh hari.

Posted by admin
April - 17 - 2010

Artikel yang bertajuk 7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslimini saya karang spesifiknya sebagai satu nasihat kepada diri saya sendiri, juga amnya kepada usahawan-usahawan lain. Tidak kira sama ada usahawan internet atau usahawan offline.Artikel yang bertajuk 7 Tip Perniagaan Untuk Usahawan Muslimini saya karang spesifiknya sebagai satu nasihat kepada diri saya sendiri, juga amnya kepada usahawan-usahawan lain. Tidak kira sama ada usahawan internet atau usahawan offline.Bersempena dengan hari keputeraan junjungan besar Rasulullah SAW semalam, saya rasa eloklah kita memperbanyakkan selawat kepada baginda sebagai satu manifesti kecintaan kita kepada Rasul yang terakhir diutuskan kepada umat manusia ini.Menyayangi baginda bukan sahaja selalu mengingati baginda, tetapi mengikut teladan yang ditinggalkan oleh baginda. Justeru, saya telah nukilkan 7 tip ini dengan kebanyakannya bersumber dari hadith Nabi SAW.1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

Posted by admin
April - 17 - 2010

Salam sahabat..
Bagaimana perkembangan terkini? Bagaimana dengan azam yang telah kita lafaskan pada awal tahun ini? Sudahkah direalisasikan azam dan matlamat tersebut? Sekiranya belum direalisasikan, saya pasti dan yakin anda sedang dalam proses untuk mencapai matlamat yang telah anda deklarasikan itu. Kini sudah masuk bulan Mac iaitu bulan ketiga dalam kalendar tahun ini, saya pasti dan yakin anda telah mengimplementasikan setiap perancangan untuk mencapai apa yang telah di azamkan. Akan tetapi percayakah anda berdasarkan kajian mengatakan 98% orang DEWASA tidak menulis matlamat mereka! Antara sebab utama mengapa orang dewasa tidak menetapkan matlamat ialah

1. Tidak tahu cara menetapkan matlamat
2. Tidak percaya menetapkan dan menulis matlamat itu boleh memberi faedah. Hanya perlu fikirkan sahaja
3. Takut tidak akan capai matlamat tersebut

Percayalah hidup tanpa matlamat diibaratkan seperti kapal yang tiada nakhoda. Ia juga seperti anda menembak ditengah kegelapan malam dengan tiada sasaran walaupun menggunakan senapang yang paling canggih sekalipun!

Video-video Terkini ECI

Langgani Newsletter ECI

Langganilah newsletter kami untuk mendapatkan tips-tips terkini perihal keusahawan secara percuma :

 

Pejabat Urusan & Pusat Latihan ECI

office2officekoridordewan2Dewan

Enterpreneur Village @ 9-2, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor DE

+603-7725 2311

+603-7725 2306

www.entrepreneurculture.com