Posted by admin
April - 17 - 2010
Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1431H atau hari yang sinonimnya disebut Maal Hijrah. Pada tanggal tarikh 18 Disember 2009 itulah cuti umum yang ratanya ramai kalangan umat Islam sendiri yang tidak sedar apakah sebab cuti umum pada tarikh tersebut. Ada yang kata cuti hari Jumaat, ada juga yang kata cuti Krismas dan ada juga yang kata cuti umum sempena pasukan bola sepak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea yang baru-baru ni berlangsung di Laos. Yelah.. itulah gambaran sebenar umat Islam yang telah melupakan tarikh utama dalam Kalendar umat Islam dan juga peristiwa bersejarah penghijrahan umat Islam pimpinan Rasullullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang menyatukan umat Islam diantara kaum Muhajirin dan Ansar. Ramai juga dikalangan umat Islam lebih mengingati tarikh kalendar barat dan pastinya lebih ternanti-nanti detik tibanya tahun baru masihi untuk sama-sama berteriak countdown didataran merdeka disusuli dengan ledakan bunga api yang memeriahkan suasana malam. Berbeza dengan sambutan tahun baru Hijrah yang dipenuhi dengan bacaan doa kesyukuran di masjid-masjid dan surau-surau yang ratanya hanya dipenuhi oleh golongan yang berumur ataupun sudah pencen yang pastinya tidak mahu disertai oleh golongan muda. Atas kesedaran itulah saya menulis artikel pada hari ini untuk bersama-sama transformasi minda kepada yang lebih baik ataupun hijrah minda..
“Minda akan menjadi lebih cekap dan sihat apabila kita lebih banyak berfikir”
Saya amat tertarik dengan khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh khatib iaitu Ustaz Wan Akasah sempena sambutan Maal Hijrah 1431H. Intipati yang telah disampaikan oleh beliau yang boleh saya simpulkan disini adalah hijrah minda daripada minda yang tidak baik kepada minda yang lebih baik. Beliau menyeru jemaah yang hadir termasuk saya bahawa azam tahun baru hijrah kali ini haruslah sentiasa “diatas”. Maksud beliau sentiasa diatas adalah umat islam haruslah sentiasa melebihi mana-mana umat yang lain dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, perniagaan dan taraf hidup. Untuk menjayakannya, umat islam harus sentiasa memberi.. kerana tangan yang memberi adalah sentiasa “diatas”.Dan tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah. Dalam ertikata yang lain adalah sentiasa “be a Giver“. Beliau juga menyeru supaya umat Islam sentiasa bersedekah.. tidak kira samada dalam bentuk wang ringgit, buah fikiran, tenaga hatta senyuman pun sudah dikira sedekah. Itupun dalam kategori seorang yang memberi. Beliau menyatakan faedah dan manfaat yang bakal diterima oleh umat Islam sekiranya sentiasa memberi iaitu dijanjikan oleh Allah s.w.t:
menarik sumber rezeki
menolak bala
memanjangkan umur
kesejahteraan masyarakat dan umat
Begitulah ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah sekiranya kita sentiasa memberi. Khutbah itu jugalah memberi inspirasi kepada saya pada tahun ini untuk saya menghijrahkan minda saya untuk menjadi seorang Giver(pemberi).  Antara lain yang perlu kita lakukan untuk menjadikan tahun baru hijrah ini lebih bermakna adalah hijrahkan minda untuk menjadi lebih baik. Kita haruslah menetapkan matlamat dan matlamat itu haruslah disokong dengan pelan perlaksanaan yang terancang dan teratur. Kita tidak mahu matlamat ataupun azam tahun baru yang tidak di susuri dengan action plan yang mana azam akan tinggal hanya azam dan azam yang tidak tercapai akan di carry forward pada tahun berikutnya. Itulah senarionya yang sentiasa berlaku saban tahun. Tahun ini kita hijrahkan  minda kita yang mana setiap matlamat haruslah spesifik dan  disokong oleh pelan tindakan yang efektif dan efisien. Antara lain adalah untuk kejayaan tahun baru hijrah ini adalah  penghijrahan minda yang sentiasa fokus kepada peluang. Kebanyakan kita sentiasa fokus kepada halangan atau masalah. Antaranya ialah seperti hendak berniaga – tiada modal, hendak menjual peringkat global – tidak pandai berbahasa inggeris, hendak jumpa pelanggan – tidak cukup masa dan pelbagai lagi alasan yang berfokuskan kepada halangan dan masalah. Minda kita harus berhijrah untuk kejayaan iaitu sentiasa fokus kepada penyelesai masalah dan peluang-peluang yang timbul disekeliling kita. Minda kejayaan adalah sentiasa memikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda yang sentiasa kreatif dan memikirkan bagaimana untuk menjadikan lebih baik.
Dengan itu, sempena kehadiran tahun baru 1431H ini adalah titik tolak untuk kita bersama-sama menghijrahkan minda kearah kejayaan.
Jumpa lagi
yang ikhlas..

Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1431H atau hari yang sinonimnya disebut Maal Hijrah. Pada tanggal tarikh 18 Disember 2009 itulah cuti umum yang ratanya ramai kalangan umat Islam sendiri yang tidak sedar apakah sebab cuti umum pada tarikh tersebut. Ada yang kata cuti hari Jumaat, ada juga yang kata cuti Krismas dan ada juga yang kata cuti umum sempena pasukan bola sepak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea yang baru-baru ni berlangsung di Laos. Yelah.. itulah gambaran sebenar umat Islam yang telah melupakan tarikh utama dalam Kalendar umat Islam dan juga peristiwa bersejarah penghijrahan umat Islam pimpinan Rasullullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang menyatukan umat Islam diantara kaum Muhajirin dan Ansar. Ramai juga dikalangan umat Islam lebih mengingati tarikh kalendar barat dan pastinya lebih ternanti-nanti detik tibanya tahun baru masihi untuk sama-sama berteriak countdown didataran merdeka disusuli dengan ledakan bunga api yang memeriahkan suasana malam. Berbeza dengan sambutan tahun baru Hijrah yang dipenuhi dengan bacaan doa kesyukuran di masjid-masjid dan surau-surau yang ratanya hanya dipenuhi oleh golongan yang berumur ataupun sudah pencen yang pastinya tidak mahu disertai oleh golongan muda. Atas kesedaran itulah saya menulis artikel pada hari ini untuk bersama-sama transformasi minda kepada yang lebih baik ataupun hijrah minda..“Minda akan menjadi lebih cekap dan sihat apabila kita lebih banyak berfikir”Saya amat tertarik dengan khutbah jumaat yang telah disampaikan oleh khatib iaitu Ustaz Wan Akasah sempena sambutan Maal Hijrah 1431H. Intipati yang telah disampaikan oleh beliau yang boleh saya simpulkan disini adalah hijrah minda daripada minda yang tidak baik kepada minda yang lebih baik. Beliau menyeru jemaah yang hadir termasuk saya bahawa azam tahun baru hijrah kali ini haruslah sentiasa “diatas”. Maksud beliau sentiasa diatas adalah umat islam haruslah sentiasa melebihi mana-mana umat yang lain dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, perniagaan dan taraf hidup. Untuk menjayakannya, umat islam harus sentiasa memberi.. kerana tangan yang memberi adalah sentiasa “diatas”.Dan tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah. Dalam ertikata yang lain adalah sentiasa “be a Giver“. Beliau juga menyeru supaya umat Islam sentiasa bersedekah.. tidak kira samada dalam bentuk wang ringgit, buah fikiran, tenaga hatta senyuman pun sudah dikira sedekah. Itupun dalam kategori seorang yang memberi. Beliau menyatakan faedah dan manfaat yang bakal diterima oleh umat Islam sekiranya sentiasa memberi iaitu dijanjikan oleh Allah s.w.t:menarik sumber rezekimenolak balamemanjangkan umurkesejahteraan masyarakat dan umatBegitulah ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah sekiranya kita sentiasa memberi. Khutbah itu jugalah memberi inspirasi kepada saya pada tahun ini untuk saya menghijrahkan minda saya untuk menjadi seorang Giver(pemberi).  Antara lain yang perlu kita lakukan untuk menjadikan tahun baru hijrah ini lebih bermakna adalah hijrahkan minda untuk menjadi lebih baik. Kita haruslah menetapkan matlamat dan matlamat itu haruslah disokong dengan pelan perlaksanaan yang terancang dan teratur. Kita tidak mahu matlamat ataupun azam tahun baru yang tidak di susuri dengan action plan yang mana azam akan tinggal hanya azam dan azam yang tidak tercapai akan di carry forward pada tahun berikutnya. Itulah senarionya yang sentiasa berlaku saban tahun. Tahun ini kita hijrahkan  minda kita yang mana setiap matlamat haruslah spesifik dan  disokong oleh pelan tindakan yang efektif dan efisien. Antara lain adalah untuk kejayaan tahun baru hijrah ini adalah  penghijrahan minda yang sentiasa fokus kepada peluang. Kebanyakan kita sentiasa fokus kepada halangan atau masalah. Antaranya ialah seperti hendak berniaga – tiada modal, hendak menjual peringkat global – tidak pandai berbahasa inggeris, hendak jumpa pelanggan – tidak cukup masa dan pelbagai lagi alasan yang berfokuskan kepada halangan dan masalah. Minda kita harus berhijrah untuk kejayaan iaitu sentiasa fokus kepada penyelesai masalah dan peluang-peluang yang timbul disekeliling kita. Minda kejayaan adalah sentiasa memikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda yang sentiasa kreatif dan memikirkan bagaimana untuk menjadikan lebih baik.

Dengan itu, sempena kehadiran tahun baru 1431H ini adalah titik tolak untuk kita bersama-sama menghijrahkan minda kearah kejayaan.Jumpa lagiyang ikhlas..

3 Responses to “Hijrah minda..”

  1. PROS AND CONS ON NEW ELECTRONICS!! says:

    FAST,EASY,AND HASSLE FREE!!…

    YOU CAN FEEL SAFE SHOPPING FROM HOME ON THIS REVIEW SITE!…

  2. SHOP ELECTRONICS!!! says:

    MOST INFORMATIVE SITE FOR ELECTRONICS….

    **YOUTUBE VIDEO REVIEWS ON THE HOTTEST ELECTRONICS OUT**…

  3. REVIEW IT BEFORE YOU BUY IT!!! says:

    **YOUTUBE VIDEO REVIEWS ON THE HOTTEST ELECTRONICS OUT**…

    #1 SITE FOR THE LATEST REVIEWS ON THE HOTTEST TECHNOLOGY HITTING THE MAINSTREAM!…

Leave a Reply

Video-video Terkini ECI

Langgani Newsletter ECI

Langganilah newsletter kami untuk mendapatkan tips-tips terkini perihal keusahawan secara percuma :

 

Pejabat Urusan & Pusat Latihan ECI

office2officekoridordewan2Dewan

Enterpreneur Village @ 9-2, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor DE

+603-7725 2311

+603-7725 2306

www.entrepreneurculture.com