Wan Arjunawan b. Wan Halim
Merupakan CEO, Entreprenuer Culture Inc.(Sdn Bhd). Sebuah syarikat yang beroperasi di Mutiara Damansara PJ dan mengendalikan Perkhidmatan Coaching, Latihan, Konsultasi, Penganjuran Aktiviti Keusahawanan dan Perkhidmatan Keusahawanan " One Stop Centre". Syarikat ini juga mempunyai Taraf Bumiputra dan Kontraktor berdaftar di Kem. Kewangan(Bidang Tenaga Pengajar & Pengurusan Acara)
Diantara kalayakan beliau adalah Certified Business Coach(UM), Certified Profesional Trainer(PSMB-Kem Sumber Manusia), Certified Profesional Trainer(MIM-Malaysian Institut Management), Certified Mediator Comunity(Jab. Perpaduan Negara), Kaunselor Terlatih(Sekretariat PINTAS Negara), juga merupakan Ahli Bersekutu Malaysian Franchaise Association. Beliau juga adalah panel coach untuk Technology Park Malaysia, Koperasi Modal Insan dan Pusat Latihan SLDN Khas(Jab. Pembangunan Kemahiran)
Beliau juga aktif dengan pelbagai pertubuhan NGO dan merupakan Presiden Persatuan Usahawan Damansara Uptown. Beliau mempunyai pelbagai pendedahan di sektor swasta dan mempunyai pengalaman keusahawanan selama 15 tahun. Buat masa ini juga merupakan seorang usahawan yang mempunyai pelbagai jenis syarikat/perniagaan lain dipelbagai sektor perkhidmatan dan pemasaran.
Pengalaman dan semangat beliau untuk memberi sumbangan terbukti dengan penglibatan beliau dalam pelbagai jenis latihan dan program keusahawanan dengan agensi kerajaan, NGO, GLC diantaranya PERHEBAT(ANGKATAN TENTERA MALAYSIA), SMIDEC, PUNB, UMCCED, Sekretariat PINTAS Negara, MECD, MFA-PNS, TPM(Teknology Park Malaysia), Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kemahiran Malaysia(KSM) dll.
Beliau juga telah melatih beratus individu Usahawan Micro, SMI dan SME diseluruh negara secara aktif. Termasuk pelbagai kelab, Persatuan dan koperasi. Merupakan salah seorang panel/jawatankuasa kepada "Coaching Clinic" di UMCCED. Juga merupakan Mentor Coach untuk program pensijilan Coaching di UMCCED.
Kelayakan Profesional
- CERTIFIED BUSINESS COACH(UM)
- CERTIFIED PROFESSIONAL TRAINER(MIM)
- TRAIN THE TRAINER(PSMB)
- TRAINED FRANCHISE CONSULTANT(MFA)
- CERTIFIED MEDIATOR(JPN)
- CERTIFIED PEER COUNSELOR(PRS)
- CERTIFIED MENTOR/ FACILITATOR(PINTAS)
- GRADUATE LEADERSHIP PRACTITIONER(AWC-GLP 57)
Perlantikan Lain
- PUSAT LATIHAN SLDN KHAS (JAB PEMBANGUNAN KEMAHIRAN)
- PANEL COACH/CONSULTANT TEKNOLOGI PARK MALAYSIA
- PRINCIPAL COACH & PENASIHAT KOPERASI MODAL INSAN
- PRINCIPAL COACH & PENASIHAT KOPERASI PENDIDIKAN IUSAHAWAN INTERNET SELANGOR
- PANEL TRAINER/CONSULTANT MALAYSIAN FRANCHISE ASSOCIATION-PNS
- PRINCIPAL COACH & TRAINER NATIONAL AGRICULTURE TRAINING COUNCIL (NATC-MOA)
- MENTOR COACH UMCCED




